Assalamualikum wbt....
alhamdulilah masih diberikan peluang untuk bernafas seperti biasa...
hari ini hari bekerja untuk aku, tapi bagi segelintir manusia yang hari ini merupakan hari bercuti mereka ( wah jeles nya )
semasa dalam perjalanan menaiki penggakutan awam untuk pergi bekerja, aku terlihat seorang budak sedang berdiri di bahu jalan, hanya memakai baju t-shirt dan seluar puntung yang sampai paras betis, kanak-kanak yang berumur dalam anggaran 9 @ 10 tahun dari penglihatan aku lah..
aku melihat dia sedang berdiri di bahu jalan seperti hendak menyeberang jalan , @ dia mugkin adalah anak salah seorang perempuan yang berdiri dibelakangnya...
tapi jangkaan aku meleset, dia naik penggkutan awam yang sama dengan aku dan duduk bersebelahan dengan aku...dalam kepala masih berfirkir " biar betul budak ni hendak ke bandar pagi-pagi buta "
tapi dalam perjalanan tersebut dalam kepala berfikir macam-macam pasal budak yang duduk disebelah ku...
ketika perjalanan hampir separuh , ekor mata ku terlihat dia mengeluarkan duit note rm1 sekeping daripada pouch yang disorokkan dalam bajunya...
terdetik dalam hati ini ingin bertanya dia hendak pergi kemana...
tapi aku tidak tahu memulakan pertanyaan aku bagimana, tapi terdetik juga sedikit di hati kecil ku untuk bersedekah sekit untuk dia walaupun bukan dengan jumlah yang banyak ( bukan hendak bagitau yang aku bersedekah ok) janji ikhlas tanpa ada rasa penyesalan...
aku mulakan perbualan dengan dia " guna duit ini ja tambang ok " dia tengok aku dan senyum dan berkata " tidak perlu aku pun ada " dan dia tunjukkan aku duit yang dia keluarkan tadi...aku balas " tidak ada pakai saya punya saja " dia senyum dan ucap terima kasih dekat aku , nak saja aku menitiskan air mata ketika dia berkata begitu...tapi cepat aku tahan, takut ada yang sedang memerhati sesi perbualan kami...( malu )
selepas beberapa saat diam, aku bertanya dengan dia yang dia hendak ke mana, dia menjawab yang dia hendak ke pasar untuk berkerja...aku terdiam dan dalam hati dan fikiran berkata " biar betul budak ni, pergi kerja? sanggup nya mak dan bapak nya biarkan dia jalan sendiri dibandar yang macam-macam yang boleh berlaku walaupun bandar ini tidak seberapa hendak besar...
secara tidak sengaja aku teringat sewaktu aku berumur anggaran budak tadik...kalau aku time berumur begini jangan kan jalan sendiri, keluar rumah pun belum pasti dibenarkan...
dalam hati ku tersentuh dengan kegigihan dan keberaniaan seorang budak yang belum sepatutnya keluar pergi mencari rezeki..sudah diberikan kelonggaran @ pelepasan untuk keluar seawal pagi untuk mencari sesuap nasi demi diri dan keluarga tercinta...
dari pertemuaan dengan budak tadi, mengajar aku seorang yang sangat bersyukur dengan semua kejadian yang berlaku dalam diri sendiri dan orang yang disekeliling ku...
aku sangat beruntung dan bersyukur, kerana walaupun kami hidup sederhana dan tidak mempunyai harta ,
tapi mak dan bapak kami masih boleh menyarah kami adik beradik yang ramai tanpa megarahkan kami berkerja keras...dan yang sangat bertuah nya mak dan bapak kami mampu menyekolahkan kami semua walaupun tidak sampai ke peringat yang sangat tinggi....
terima kasih Allah,
terima kasih bapak
terima kasih mak,
terima kasih atas segala-galanya yang telah kau sediahkan dan rancang untuk kami adik-beradik...
kami tidak akan lupa jasa kalian berdua yang sangat sabar dan gigih dalam menempuhi pelbagai halangan dan cabaran hidup demi anak-anak mu semua....
terima kasih Allah kerana kurnia kan kami kedua ibubapa yang tidak ada tolak bandingnya...akan kami ingat jasa dan pengorbanan mereka sehingga akhir zaman.... insyaAllah....